Monday, January 24, 2011

SINOPSIS NOVEL LESTARI BUKIT MENGHIJAU

Novel ini mengisahkan mengenai Pak Tua dan Bukit Bintangor yang terletak di hujung Kampung Alor Rambai, Sungai Jeneri, Jeniang. Menarik minat Zaharin kerana misteri dan keanehan perangai Pak Tua dan dianggap sudah nyanyuk. Pak Tua melarang penduduk kampung termasuk Zaharin, Lebai Jusoh menebang pokok di sekitar rumah dan kampungnya kerana mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bagaimanapun kehadiran Cikgu Idham mengubah suasana di kampung itu. Misinya melaksanakan Kempen Amalan Bumi Hijau di sSekolah hingga memenangi hadiah Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar anjuran JAS dan KPM. Konflik mula tercetus apabila abang Seleman menyebar cerita dan dakwaan mengenai Pak Tua yang dikatakan menjalankan kegiatan haram di Bukit Bintangor. Bagaimanapun Zahiran berjaya menerangkan tujuannya dan rakan-rakan datang memikat burung di bukit itu kepada Pak Tua. Sejak itu, Zahiran kerap bertemu dengan Pak Tua di bukit itu dan berbincang mengenai tumbuh-tumbuhan hijau. Sebaliknya, perbuatan Zahiran tidak disenangi oleh abang Seleman, Setopa dan Kasa. Konflik tercetus lagi apabila Hamzah demam selepas balik daripada Bukti Bintangor. Orang kampung menuduh Pak Tua mengenakan ilmu hitam kepada Hamzah.Pak Tua menjelaskan kepada Zaharin bahawa Hamzah mengidap demam kuning dan bapanya berpenyakit untut kerana persekitaran rumah mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk.Konflik menjadi semakin rumit apabila Pak Hamid enggan menghantar Hamzah ke hospital kerana percaya kepada air penawar Lebai Deraman. Bagaimanapun Pak Tua berjaya memujuknya dan menghantar Hamzah ke hospital. Penyakit demam kuning merebak dan menjangkiti beberapa murid SMK Alor Rambai. Cikgu Idham, Pak Tua dan Lebai Jusoh menggerakkan gotong royong bersama penduduk membersihkan kawasan sekitar tempat pembikan nyamuk selain mengadakan kutipan derma untuk membantu Pak Hamid.

(ARAHAN : Murid-murid Tingkatan 2 Dinamik MRSM Kuantan dikehendaki mekengkapkan sinopsis ini)

No comments:

Post a Comment

Post a Comment